Rabu, 24 Mac 2010

Mayat!?


Adakah Gua sedang melawat orang mati? Salah sama sekali kerana gua sedang mengikuti kursus pengurusan jenazah pada minggu lepas.

Yang pakai kopiah tu adalah ustaz yang mengajar kami. Sekarang ni dia demo cara nak buat wangian untuk jenazah dari kapur barus dan serbuk cendana.Wangi bau serbuk tu.

Ni kawan gua yang dijadikan 'Bahan ujian' untuk mengkafankan jenazah.

Ni dia dipasang jubah. Rupa-rupanya, sebelum dibalut ada lagi jubah dan sarung(fungsi cam kain pelikat)
sebelum dibalut lagi nagan kain putih(kafan)......Kena gentle skit ngam mayat kerana walaupun walaupun tak bernyawa, mayat masih boleh terasa sakit.....lebih-lebih lagi kalau yang masih hidup seperti kawan gua ini. 


Nilah dia mayat yang siap dibalut.....beruntung kawan gua dapat merasa camna dibalut kain kafan..... ^^,
Pada hari tu gua dapat belajar banyak camna nak menguruskan jenazah.....seronok sekali pada  bab mengkafankan mayat .Kalau besok lusa nanti kalau ada keluarga gua yang meninggal, mungkin gua dapat tolong gak .

Selasa, 23 Mac 2010

Ayam!?



Apa nak dibuat ngan ayam ni?...ni adalah satu persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran korang


Sebenarnya ni gua ada ikut program kat masjid di mana gua ada belajar pasal pengurusan jenazah(mayat) dan sembelihan seperti yang dilihat. kelihatan kat gambar adalah ustaz(pakai apron) dan rakan- rakan gua. Ada geli nak sembelih ayam( begitu juga ngan gua)

Proses penyembelihan....kena yakin baru boleh sembelih....menyembelih ayam sangat senang tapi kena yakin(pada yang takut, jangan tengok gambar ni lama-lama).






Antara ayam yang ditumbangkan....lebih kjurang 30 ekor semuanya.Lepas tu gua pun bantu bersihkan ayam semua dan ayam ni dimasak tomyam....uh...sodap...kerana masamnya cukup....ada yang lebih tu gua bagi kat kawan lain....takut membazir...

A..... yang menariknya jugak, gua ada  beli TT Hongli Nadleeh. Baru siap pasang. ikut petua ZD camna nak buat lutut Nadleeh macam MG. Best........Kena tunggu dulku kerana gua takda kamera nak tangkap gambar dan gua tangkap gambar pakai HP (+_+)

Khamis, 18 Mac 2010

Sesuatu yang membuatkan korang terkejut(bagi yang belum mengetahuinya)

ni gua terjumpa satu atikel yang bagus mengenai Gundam 00 dari wikipedia. Adakah anda terfikir bahawa pelakon suara Toru Furuya(seiyu bagi watak Amuro Ray) menyumbangkan suaranya dalam Gundam 00? cuba lihat petikan dari wikipedia ini:

..."He also used a pseudonym Noboru Sōgetsu (蒼月 昇 Sōgetsu Noboru?) in the cast of Mobile Suit Gundam 00 for Ribbons Almark's role (but used his real name in the narration role). Both the narration role and Ribbons mark Furuya's first role in a non-Universal Century Gundam series."....


Untuk maklumat lanjut di sini .


Jadi gua menonton watak Ribbons Almark dalam anime 00 season 2 dan keputusannya.... suaranya memang serupa dengan suara watak Amuro Ray. Ini Bukannya suatu kebetulan. Satu lagi, Amuro menggunakan Gundam Rx-78-2 manakala dalam episod pertama musim pertama dan penutup musim kedua, Ribbons menggunakan 0 Gundam di mana jika dilihat dari sudut lain ia merupakan pembaharuan Gundam Amuro Ray. Gua melihat Ribbons itu sebagai kelahiran semula Amuro. Adakah korang setuju?



Suara Amuro Ray disumbangkan oleh Toru Furuya.


Toru Furuya juga menyumbangkan suara sebagai Ribbons Almark, tatapi menggunakan nama pena Sogetsu Noboru.




Rx-78-2 Gundam yang digunakan oleh Amuro


0 Gundam yang digunakan oleh Ribbons Almark. Rekaan konsep agak sama kerana mempunyai senjata asas Rx-787-2 Gundam iaitu mempunyai beam saber dan beam rifle. Cuma yang membezakannya ialah pembaharuan design dan pengaplikasian GN drive pada 0 Gundam.

Well, korang masih rasa ianya kebetulan? Terpulanglah pada penilaian korang sediri yang menentukannya.

Ni prediction dari gua sendiri:

Amuro Ray

Cuba korang ambik huruf pendahuluan kat nama tu:

Amuro  Ray

terbalikkannya...

R A

maka terjadilah...

Ribbons Almark

Adakah ianya suatu kebetulan? pikirlah.....



Rabu, 17 Mac 2010

HGUC Bandai char rick Dom + G3 Gundam part 1 review

Well,beli kira-kira hampir 2 taun lalu....... reger satu set RM 100++. Dienye buatan taun 2008. kat Dlm ada Dom versi char aznable dam G3 gundam Amuro. terbitan kali ini gua nak crita pasal Dom char saje...

Dibezakan dengan G3 dari segi ketinggian, nampaknya DOM Char yang mendahului di sini. 

                                  
Design DOM dari depan dan belakang nampak besar dan lebar berbanding HG lain setaraf dengannya.

Mata DOM ni boleh digerakkan. Cuma tanggalkan cermin plastik kat bahagian mata saja.

Senjata ni kalau tak silap gua namanya Mega Bazooka. Output Senjata ni agak besar dibandingkan dengan MS lain pada kemunculan MS zaman awal UC (UC0079-0080).

Senjata lain dia pulak adalah bazooka dan heat saber DOM yang biasa. Disebabkan tangan DOM yang sudah longgar kerana selalu bukak dan pasang senjata, maka Mega bazooka terpaksa digam bersama tangan (=_=).Tetapi bazooka DOM biasa ni gua pasang pulak kat Zaku gua. 


Wow! Super Output!?


Familiar ngan gaya ni?

Decal ni dapat skali ngan pakej. Ni first time gua pasang decal kat MS....Keputusannya.....boleh tahan.....

Masa untuk Beraksi....

Amuro Dan Char bertemu lagi......

Nampaknya Amuro menahan serangan Char di sini.....

Keseluruhannya, model DOM ni nampak rigid dan kukuh tapi yang kecewanya pulak soket tangannya mudah haus (=_=) menyebabakan gua terpaksa gam. Apapun, MS ni memang hebat gila...
                  

Ahad, 14 Mac 2010

Blue Destiny unit 1 Custom Extend



Gua buat penambahan baru kat BD-1 Custom.Dengan menambahkan  backpack Zaku(lupa nama backpack)
menjadikannya lebih brutal.

Pose menembak. Nampak kool gila....

Nanti gua nak kalerkan backpack ni ngan kaler hitam...tong ni ada kesan putih akibat menekan terlalu kuat pada plastik.Jadi gua mungkin akn kelerkannya ngan kaler putih nanti.

Langsung tak menyekat pergerakan backpack machinegun tapi perpaksa cabut buster rifle kalau nak sambung ke tangan.

BD-1 Buster Rifle Menembak!!!

Sekarang ni, gua tengah sibuk ngan projek rekacipta...jadi kalu jarang post, sori....


Selasa, 9 Mac 2010

Sesuatu yang menarik di hujung minggu

Mesej ini ditujukan khas buat gunplayers yang berada kat Kuching (terutamanya CD dan Panzer88). Pada hari ahad lepas,gua pergi kat BDC Crystal Bowl. kat tingkat bawah dia, ada kedai jual gunpla TT Hongli. ada banyak jenis BB sengokuden pada harga RM 9.80, HG Seed pada harga RM 22.80 dan yang paling menarik sekali adalah MG rx-78-2 Gundam edisi terbaru pada harga  RM 110++ dan MG Sinanju pada harga RM 178++. Jadi kalau nak beli, pergilah kat Crystal bowl BDC kat tingkat bawah. Haa...gua semalam dapat cerita Gundam 00 kat kawan gua...complete set...kalau berminat...bagitau....