Sabtu, 14 November 2009

Blue Destiny Unit 3 (bootleg ver) review




Ini merupakan versi tiruan (taktau nak cakap jenama dia sebab dlm kaligrafi China).Reger dalam RM 29.90(kurang RM 30 drp yg ori). Jom kita tengok apa yg mampu dibuat oleh model ini........



Jujurlah saya nak katakan, model tiruan ada buruknya. Pemegang perisai bahagian belakang telah patah. Jadi, terpaksa mengglu satu pemegang perisai tambahan yang gua perolehi dari siri HG SEED.  



                          
Lenturan sendi memang mencapai tahap MSIA (terutama kat sendi lengan). Nak tau kenapa? tengok kat gambar bawah ni.........





Serupa dengan sendi MSIA, kan?  






MS ini mempunyai 2 backpack yang berbeza. Gambar di atas menunujukkan built-in backpack pada MS ini manakala gambar bawah menunjukkan backpack tambahan. Backpack tambahan ini boleh ditanggalkan.




Yang ini pula tempat simpanan pedang pancaran yang terletak pada bahagian kaki. Siri model Blue destiny direka berasaskan rangka siri model MS Ground Type. Model Siri Blue Destiny mempunyai EXAM System yang gua tak brapa tau apa fungsinya. Tapi, gua pernah  main game dia. Apabila sistem EXAM diaktifkan, mata MS akan berubah kepda warna merah dan pergerakan menjadi semakin laju. Tetapi keadaan itu hanya berlaku dalam tempoh yang terhad.



Aksi-aksi yang gua buat pakai model ini.......












Amacam, model ini memang best. Dapat buat aksi yang menarik kerana faktor sendi yang lebih lentur. Yang tak bestnya, model ini kekurangan senjata(hanya ada pedang pancaran, perisai dan rifel yang merupakan senjata asas).

Wokey gua rasa gua akan bagi tips cara bengkokkan pedang pancaran tanpa mematahkannya pada post akan datang. Gua nak tutup ni sbb nak revision Physics . Last exam esok.

Isnin, 9 November 2009

tempat yg ada jual gundam tiruan

Korang nak save budget dengan membeli gundam tiruan yang murah dan berkualiti? Ni gua tunjukkan salah satu tempatnya kat Kuching .    


Nilah dia Mahua Music kat Tingkat dua Sarawak Plaza (berhapiran eskalator naik atas).Ada jual macam-macam barang anime,termasuk kalendar,DVD dan lain-lain kat luar memang tak nampak gundam-gundam tu ttp kita explore kat dalam,kita dapat tengok.............


RX-93 Nu Gundam tiruan skala 1/144 pada harga Rm39.90 (reger yang asli kira-kira Rm 143++).Gua ada beli satu, memang agak serupa abis dgn model yg asal. Tak mudah nak patah cam model tiruan yang lain.Brandnya agak ganjil dan jarang dijumpai.  



Yang ni pula Avalanche Exia (skala 1/100) reger dekat nak RM 60. Sama brand dengan model Nu gundam yang ditunjukkan di atas. 
 
  
 
Ni pulak Exia trans-Am mode skala 1/100  bereger hampir RM 60. Brand Model GD (tak digalakkan membeli model GD kerana mudah patah dan longgar)     

Dan banyak lagi model yang jarang dijumpai(sebab gua berkata jarang dijumpai kerana tak ramai kedai ada model tersebut) seperti 1/400 METEOR dll. Cuba-cubalah korang explore kat kedai tu sendiri.