Khamis, 27 Ogos 2009

Beli mi cawan, percuma Gundam



Di Jepun,sebuah syarikat pengeluar mi cawan mengadakan promosi iaitu dengan setiap pembelian mi cawan, anda akan diberikan satu model Gundam.
Terdapat empat jenis model yang muncul dalam siri gundam 0079 diberikan.Juga terdapat model Gundam berwarna merah edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 1000 unit sahaja.
Antara model yang dikeluarkan ialah RX-78-2 Gundam,MS-06S Zaku II commander type (Char Aznable custom),MS-06F Zaku II dan MS-09 Dom.
Dikatakan bahawa rekaan bekas mi cawan tersebut menyebabkan ianya tidak sesuai diletakkan dakam mesin mi cawan (menyebabkan tersangkut).
Saya berharap satu hari nanti saya dapat menemui mi cawan ini kat pasaraya berdekatan tempat tinggal saya(saya rasa tak mungkin barangkali kerana promosi ini hanya terdapat di Jepun saja).

Khamis, 20 Ogos 2009

Istimewa untuk peminat gundam!


Sebagai menyambut ulang tahun ke-30 Gundam, Bandai telah mengeluarkan model RX-78-2 GUNDAM G30th version skala 1/144 HG-G30th. Saya yang mempunyai model RX-78-3 G3GUNDAM berasa bertuah sekali apabila menemui model ini di Wondertoys Satok .Jika dibandingkan dengan rx-78-2 GUNDAM HGUC,rekaan model ini (ver.G30th) lebih detail dan sendinya didapati agak fleksibel,lebih banyak titik artikulasi serta rekaan polycaps(PC) lain dari HG yang biasa kita lihat.Agak mengecewakan juga,pedang pancaran(beam saber) didapati mudah tertanggal dan saya terpaksa mengglukannya.Baiklah,jikalau saya ada masa nanti, saya akan memberikan gambar serta info tambahan mengenainya sebab saya baru sahaja menghabiskan bahagian atas badan model ini.Wassalam