Khamis, 29 Oktober 2009

HG TT Hongli kyrios gundam





  Gua beli model ni kat kedai Mahua Music kat Sarawak Plaza. Harga boleh kata agak murah berbanding dengan model yang sama buatan Bandai iaitu kira-kira RM 26. Mari kita tengok apa yang terdapat pada model ini.    


 

Dalam gambar di atas merupakan orb pada bahagian dada dan tangan. Gua mewarnakan bahagian dalammnya dengan marker hijau (gua beli kat Popular Tun Jugah dengan harga Rm 3.50) untuk orb bahagian tangan manakala orb bahagian dada pula disapu dengan pewarna hijau yang boleh bersinar dalam gelap (tak silap gua, pewarna hijau yang bersinar dalam gelap ni digunakan untuk buat corak pada cawan seramik atau kaca).Sayangnya kamera gua tak dapat menangkap ganbar ia bersinar di dalam gelap.




Anda ada dua pilihan untuk meletakkan beam SMG pada tangan Kyrios. Lekat terus ke lengan atau
sambung ke pemegang tangan yang disediakan. Yang tak menariknya, sambungan untuk kedua-dua cara ini begitu longgar sehingga boleh tertanggal. :(

                                                                                                                                  

Aksi menembak . Artikulasi yang lebih baik dari yang dijangkakan.










Perisai boleh berubah menjadi penyepit dan mempunyai pisau kecil(tiada dalam gambar) di tengah nya.




Transformasi kepada mod penerbangan (memerlukan gua untuk mencabut dan memasang semula bahagian tertentu seperti kaki).


Secara keseluruhannya, Model in dikatakan agak setanding dengan model yang asli walaupun terdapat kekurangannya. Antaranya ialah Terdapat bahgian tertentu yang longgar(boleh diperbaiki), stiker yang mudah tertanggal warnanya(lebih baik jika dicat) dan ada sambungan yang tidak muat satu sama lain(terpaksa meraut pada plastik yang lebih agar ianya muat). Apa-apapun, jika anda ingin membeli model seperti ini, direkomenkan untuk membeli model ini kerana ia lebih baik berbanding model tiruan yang lain.  


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro, ada FB kah? add me 'toyulat@yahoo.com'..c u there.....