Sabtu, 14 November 2009

Blue Destiny Unit 3 (bootleg ver) review




Ini merupakan versi tiruan (taktau nak cakap jenama dia sebab dlm kaligrafi China).Reger dalam RM 29.90(kurang RM 30 drp yg ori). Jom kita tengok apa yg mampu dibuat oleh model ini........



Jujurlah saya nak katakan, model tiruan ada buruknya. Pemegang perisai bahagian belakang telah patah. Jadi, terpaksa mengglu satu pemegang perisai tambahan yang gua perolehi dari siri HG SEED.  



                          
Lenturan sendi memang mencapai tahap MSIA (terutama kat sendi lengan). Nak tau kenapa? tengok kat gambar bawah ni.........





Serupa dengan sendi MSIA, kan?  






MS ini mempunyai 2 backpack yang berbeza. Gambar di atas menunujukkan built-in backpack pada MS ini manakala gambar bawah menunjukkan backpack tambahan. Backpack tambahan ini boleh ditanggalkan.




Yang ini pula tempat simpanan pedang pancaran yang terletak pada bahagian kaki. Siri model Blue destiny direka berasaskan rangka siri model MS Ground Type. Model Siri Blue Destiny mempunyai EXAM System yang gua tak brapa tau apa fungsinya. Tapi, gua pernah  main game dia. Apabila sistem EXAM diaktifkan, mata MS akan berubah kepda warna merah dan pergerakan menjadi semakin laju. Tetapi keadaan itu hanya berlaku dalam tempoh yang terhad.



Aksi-aksi yang gua buat pakai model ini.......












Amacam, model ini memang best. Dapat buat aksi yang menarik kerana faktor sendi yang lebih lentur. Yang tak bestnya, model ini kekurangan senjata(hanya ada pedang pancaran, perisai dan rifel yang merupakan senjata asas).

Wokey gua rasa gua akan bagi tips cara bengkokkan pedang pancaran tanpa mematahkannya pada post akan datang. Gua nak tutup ni sbb nak revision Physics . Last exam esok.

Tiada ulasan: