Khamis, 3 Disember 2009

Bandai Mobile Suit In Action (MSIA) Hyaku shiki with Mega Bazooka Launcher



Gua jumpa mamat ni waktu gua tengah jalan-jalan kat Wisma Saberkas Kuching yang merupakan syurga bagi alatan komputer. Gua nak plan beli Kaspersky Antivirus 2009 waktu tu. Memang jumpa benda tetapi kedai komputer bagi special offer punya harga, RM 90 utuk 3 pengguna. Lepas beli tu, gua jalan-jalan la sekejap ngan kawan gua kat situ. Ada satu kedai gua jumpa Hyaku Shiki ni ngan harga RM 75.90. Kat tangan gua ada RM 50 lebih, gua cuba bodek sama tokey kedai kasi harga RM 50 (ngan alasan pakej dia rosak). Bodek punya bodek, tokey tu kasi RM 55 lalu gua angkat borong terus. Tanpa melengahkan masa kita lagi, apa kata kita tengok apa yang menariknya 'mamat' ni.





Gua nak cerita sket apa yang istimewanya pasal MS ini. MSN-100 Hyaku Shiki atau nama lainya Type 100 pada asalnya merupakan salah satu projek Zeta. Diberikan nama asalnya Delta Gundam yang merupakan mobil sut yang boleh berubah. Tetapi disebabkan masalah kekuatan rangka, ia disempurnakan sebagai Hyaku Shiki yang tidak boleh berubah. Salutan emas pada kerangka luar mobil sut mempunyai fungsi yang agak sama dengan Akatsuki Gundam di mana ia boleh memantulkan semula sebaran tembakan jenis pancaran.  


Pada asalnya backpack ini mudah tertanggal. Setelah disapu super glu (gam cap gajah) barulah ia kekal di tempat asalnya
  
Tak dapat buat aksi yang banyak disebabkan hagu dihadang oleh sirip belakang. Kaki sebelah kanan MS ini mudah tertanggal jarang MSIA yang bahagian badannya mudah tertanggal. 

Pada asasnya senjata MS ialah beam rifle, 2 beam saber dan satu clay bazooka. Yang takdenya Clay bazooka tapi yang bestnya..........



Dia dibagi senjata besar bagak gila ini, namanya Mega Bazooka Launcher. Malas gua nak tunjuk langkah trnsfrmasi tapi gua nak tunjuk aksi Hyaku Shiki mengunakan benda ni.

 
Cantik tak dia punya view?  

Pada keseluruhannya, gua amat berpuas ahti dengan model ini. Ini disebabkan Terdapat Mega Bazooka Laucher di dalam pakej ini.Tapi yang tak menariknya, kaki sebelah kanan MS ini mudah tertanggal disebabkan sambungan yang agak longgar. Namun, Gua respek sama MS ini.

Tiada ulasan: