Rabu, 17 Mac 2010

HGUC Bandai char rick Dom + G3 Gundam part 1 review

Well,beli kira-kira hampir 2 taun lalu....... reger satu set RM 100++. Dienye buatan taun 2008. kat Dlm ada Dom versi char aznable dam G3 gundam Amuro. terbitan kali ini gua nak crita pasal Dom char saje...

Dibezakan dengan G3 dari segi ketinggian, nampaknya DOM Char yang mendahului di sini. 

                                  
Design DOM dari depan dan belakang nampak besar dan lebar berbanding HG lain setaraf dengannya.

Mata DOM ni boleh digerakkan. Cuma tanggalkan cermin plastik kat bahagian mata saja.

Senjata ni kalau tak silap gua namanya Mega Bazooka. Output Senjata ni agak besar dibandingkan dengan MS lain pada kemunculan MS zaman awal UC (UC0079-0080).

Senjata lain dia pulak adalah bazooka dan heat saber DOM yang biasa. Disebabkan tangan DOM yang sudah longgar kerana selalu bukak dan pasang senjata, maka Mega bazooka terpaksa digam bersama tangan (=_=).Tetapi bazooka DOM biasa ni gua pasang pulak kat Zaku gua. 


Wow! Super Output!?


Familiar ngan gaya ni?

Decal ni dapat skali ngan pakej. Ni first time gua pasang decal kat MS....Keputusannya.....boleh tahan.....

Masa untuk Beraksi....

Amuro Dan Char bertemu lagi......

Nampaknya Amuro menahan serangan Char di sini.....

Keseluruhannya, model DOM ni nampak rigid dan kukuh tapi yang kecewanya pulak soket tangannya mudah haus (=_=) menyebabakan gua terpaksa gam. Apapun, MS ni memang hebat gila...
                  

Ahad, 14 Mac 2010

Blue Destiny unit 1 Custom Extend



Gua buat penambahan baru kat BD-1 Custom.Dengan menambahkan  backpack Zaku(lupa nama backpack)
menjadikannya lebih brutal.

Pose menembak. Nampak kool gila....

Nanti gua nak kalerkan backpack ni ngan kaler hitam...tong ni ada kesan putih akibat menekan terlalu kuat pada plastik.Jadi gua mungkin akn kelerkannya ngan kaler putih nanti.

Langsung tak menyekat pergerakan backpack machinegun tapi perpaksa cabut buster rifle kalau nak sambung ke tangan.

BD-1 Buster Rifle Menembak!!!

Sekarang ni, gua tengah sibuk ngan projek rekacipta...jadi kalu jarang post, sori....


Selasa, 9 Mac 2010

Sesuatu yang menarik di hujung minggu

Mesej ini ditujukan khas buat gunplayers yang berada kat Kuching (terutamanya CD dan Panzer88). Pada hari ahad lepas,gua pergi kat BDC Crystal Bowl. kat tingkat bawah dia, ada kedai jual gunpla TT Hongli. ada banyak jenis BB sengokuden pada harga RM 9.80, HG Seed pada harga RM 22.80 dan yang paling menarik sekali adalah MG rx-78-2 Gundam edisi terbaru pada harga  RM 110++ dan MG Sinanju pada harga RM 178++. Jadi kalau nak beli, pergilah kat Crystal bowl BDC kat tingkat bawah. Haa...gua semalam dapat cerita Gundam 00 kat kawan gua...complete set...kalau berminat...bagitau....