Well,gua nak review sket jer.......sebab baru 90% siap....reger die RM 29.90(tokey kasi kurang kat gua RM 26 sebab selalu beli kat kedai dier.....). Ni jenama TT Hongli tetapi logo dier tulis Gao Gao Moh Sing...... apa buktinye? tengok....
Kalau tengok kat gambar-gambar di atas inilah yang gua maksudkan.....(nota: TT Hongli dan Gao Gao Moh sing ialah dari kilang yang sama, cuma jenama jer berbeza......)
rupa kat tepi kotak tu memang ada identiti tersendiri bagi jenama ni.......
Runner memang sikit.....bagus....
Untuk kesan bercahaya dalam gelap, gua sapu perwarna bercahaya dalam gelap kat orb dada, tangan dan kaki.....pasti menarik....
sebelum kerja sambung-menyanbung ekor beruang....err.... model dimulakan, gua nak kaler dulu bahagian tertentu dengan warna hitam, bilah GN sword nampak menarik bila diwarnakan hitam. Cuba variasi dengan warna hitam kat perisai.....
Gua cuba teknik membuat Beam dagger dengan meraut pada batang plastik merah....100% fit....Terbaca teknik tu kat blog pembuat gunpla (sori, tak ingat nama blog tu).
Wokay, apa-apa pun korang tunggulah dulu kerana kerja-kerja pembinaan masih dijalankan...