Gua beli kat Wisma Satok, Kuching ngan harga RM 60. Versi ulang tahun Gundam ke 30. Mari kita tengok apa yang menariknya tentang model ini.
Keadaan dan rupa setelah disiapkan. Mari kita bandingkan dengan HGUC G3 Gundam gua.
Secara keseluruhannya, Rekaan G30th lebih detail dibandingkan dengan HGUC G3 Gundam gua. Manakala G30th mampu melakukan aksi yang lebih menarik disebabkan titik artikulasi G30th yang lebih baik.
Aksi G30th bersama G3
APA!? Kelajuan MS ini melangkaui pemikiranku? (kata pemandu Zaku II )
Alamak, Senjata jenis apakah yang dikeluarkan dari belakang dia?
Ahh! aku tidak takut dengan apa-apa sejata yang kau keluarkan. Dan terimalah serangan dariku.
#Selepas bertarung dengan begitu sengit, kedua-duanya....
Engkau fikir MS yang dipanduku ini dapat kau atasi dengan begitu mudah!? tengoklah keadaan kau sekarang. HAHAHAHAH!(kata Amuro Ray yang memandu Gundam)
Boleh buat Babak terakhir sebelum kemusnahan Gundam :)
Rasailah penangan terakhirku!
Komen gua terhadap model ini, Model ini lebih baik jika dibandingkan dengan HGUC Gundam yang asal. Titik artikulasi yang lebih baik menjadikan model in mampu melakukan aksi yang lebih menarik. Rekomen untuk beli :>