Khamis, 29 Oktober 2009

HGUC RX-78-2 Gundam G30th ver.





Gua beli kat Wisma Satok, Kuching ngan harga RM 60. Versi ulang tahun Gundam ke 30. Mari kita tengok apa yang menariknya tentang model ini.  


Keadaan dan rupa setelah disiapkan. Mari kita bandingkan dengan HGUC G3 Gundam gua.




Secara keseluruhannya, Rekaan G30th lebih detail dibandingkan dengan HGUC G3 Gundam gua. Manakala G30th mampu melakukan aksi yang lebih menarik disebabkan titik artikulasi G30th yang lebih baik.  



Aksi G30th bersama G3  




APA!? Kelajuan MS ini melangkaui pemikiranku? (kata pemandu Zaku II )



 Alamak, Senjata jenis apakah yang dikeluarkan dari belakang dia?



Ahh! aku tidak takut dengan apa-apa sejata yang kau keluarkan. Dan terimalah serangan dariku.


#Selepas bertarung dengan begitu sengit, kedua-duanya....



Engkau fikir MS yang dipanduku ini dapat kau atasi dengan begitu mudah!? tengoklah keadaan kau sekarang. HAHAHAHAH!(kata Amuro Ray yang memandu Gundam)



Boleh buat Babak terakhir sebelum kemusnahan Gundam  :)  



Rasailah penangan terakhirku!


Komen gua terhadap model ini, Model ini lebih baik jika dibandingkan dengan HGUC Gundam yang asal. Titik artikulasi yang lebih baik menjadikan model in mampu melakukan aksi yang lebih menarik. Rekomen untuk beli :>

HG TT Hongli kyrios gundam





  Gua beli model ni kat kedai Mahua Music kat Sarawak Plaza. Harga boleh kata agak murah berbanding dengan model yang sama buatan Bandai iaitu kira-kira RM 26. Mari kita tengok apa yang terdapat pada model ini.    


 

Dalam gambar di atas merupakan orb pada bahagian dada dan tangan. Gua mewarnakan bahagian dalammnya dengan marker hijau (gua beli kat Popular Tun Jugah dengan harga Rm 3.50) untuk orb bahagian tangan manakala orb bahagian dada pula disapu dengan pewarna hijau yang boleh bersinar dalam gelap (tak silap gua, pewarna hijau yang bersinar dalam gelap ni digunakan untuk buat corak pada cawan seramik atau kaca).Sayangnya kamera gua tak dapat menangkap ganbar ia bersinar di dalam gelap.




Anda ada dua pilihan untuk meletakkan beam SMG pada tangan Kyrios. Lekat terus ke lengan atau
sambung ke pemegang tangan yang disediakan. Yang tak menariknya, sambungan untuk kedua-dua cara ini begitu longgar sehingga boleh tertanggal. :(

                                                                                                                                  

Aksi menembak . Artikulasi yang lebih baik dari yang dijangkakan.










Perisai boleh berubah menjadi penyepit dan mempunyai pisau kecil(tiada dalam gambar) di tengah nya.




Transformasi kepada mod penerbangan (memerlukan gua untuk mencabut dan memasang semula bahagian tertentu seperti kaki).


Secara keseluruhannya, Model in dikatakan agak setanding dengan model yang asli walaupun terdapat kekurangannya. Antaranya ialah Terdapat bahgian tertentu yang longgar(boleh diperbaiki), stiker yang mudah tertanggal warnanya(lebih baik jika dicat) dan ada sambungan yang tidak muat satu sama lain(terpaksa meraut pada plastik yang lebih agar ianya muat). Apa-apapun, jika anda ingin membeli model seperti ini, direkomenkan untuk membeli model ini kerana ia lebih baik berbanding model tiruan yang lain.  


Isnin, 19 Oktober 2009

silalah mengundi gundam kesukaan anda

kepada pelawat yang melawat blog ini, sila mengundi gundam kesukaan anda pada panel sebelah kanan blog ini. selamat mengundi.

masalah tidak dapat update post baru

Disebabkan masalah penerimaan Wifi yang lemah dan tak ada broadband, gua  susah dan  tak dapat nak update selalu kerana masalah tersebut.Harap diampun. Apa-apapun, gua akan cuba sedaya upaya mengupdatekan post baru mudah-mudahan.Teruskan menyokong gua.

Undilah gunpla kesukaan anda

silalah mengundi gunpla kesukaan anda di kotak sebelah kanan anda. tempoh yang diberi kira-kira sebulan.selamat mengundi